sentiasa Berubah tapi tetap sama

aku pun tak tau dah berapa kali aku tukar blog add yang baru. tu belum lagi dikira beratus2 layout dan konsep yang aku cuba untuk padankan dengan selera aku yang sentiasa berubah. tapi bagi aku hasilnya tetap sama. tetap bosan, kosong dan tidak punyai apa2 yang istimewa.

aku sendiri tidak tertarik dengan kandungan yang aku paparkan. dan adakalanya aku tidak memiliki cerita untuk dikongsikan. mungkin ada, tapi penyampaian kurang berkesan atau mungkin tiada langsung (<--- satu lagi masalah aku yang terbesar ).

apa tujuan sebenarnya blog? secara spesifiknya tujuan blog aku sendiri. sebagai satu jurnal peristiwa? catatan dan rentetan harian? tempat meluah dan berkongsi rasa? @ hakikinya satu medium untuk memperkenalkan diri pada dunia digital. ntah la. mungkin jawapannya ya untuk semua persoalan tapi biarpun aku telah 'laksanakan' idea yang aku soalkan, kenapa sehingga kini aku masih tercari2 erti sebenar blog aku.

apa yang aku mahukan?
satu ruang untuk segala idea dan karya aku dapat dikongsi.
(fotografi, muzik, cerpen, skrip, sajak, lukisan)
perjalanan terkini dan akan datang
(jadual lengkap n aktiviti yang telah dan akan aku buat)
ulasan
(buku, filem, drama apa2 yang mahukan


------------bersambung

Comments

Popular Posts