Sahabat dan Doa
Apabila ingin bersahabat, Janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya
Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya
Andai kita inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya
Andai kita inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya

Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan terlalu sempurna kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak allah yang sebenar benarnya
Besederhanalah dalam bersahabatan, Insyallah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kekurangan.
DOA
Ya Allah
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah

Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.
Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.

“Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan
jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMU dan
bukan mencari keredhaan orang lain” — Umar Al-Khattab

Comments