Terbang dan cuti yang panjang

beberapa bulan kebelakangan ini bukan satu tempoh yang baik untuk aku. dan seperti selalu. dari dulu. aku lebih senang memendam rasa itu sendiri. entah kenapa aku begitu takut dengan perkongsian. ada kawan yang berkata ' ko ni sebenarnya sangat reserved sebab aku sukar meneka apa yang ada dalam hati kau' dan selalunya aku menjawab 'biarlah orang tahu tentang aku sikit demi sedikit, barulah misteri'. tapi itu cuma alasan. aku sendiri tidak tahu apa yang aku selindungkan.

 aku perlu cuti yang panjang. jauh dari segalanya. walaupun sekejap. untuk mendapatkan semula tenaga dan semangat yang hilang. dan esok aku terbang. menyusun semula kehidupan yang hambar. Moga saja aku kembali dengan diri yang lebih baik. kerana aku x mampu menjanjikan diri yang baru. kerana aku tetap aku.

Comments

atnur @ Iza said…
i hope you'll find some peace of mind... Insya-Allah! kirim salam kat mak & family kat sana. :)

Popular Posts