Best Friend Award

Jika ada anugerah Sahabat Terbaik di dunia ini.Dialah mungkin satu-satunya kawan yang betul-betul atau hampir faham diri saya yang sebenar. Dialah yang selalu ada walaupun saya jarang ada untuknya. Dialah teman berkongsi cerita. Dia mengetepikan semua pandangan tentang saya kerana percaya bahawa persahabatan itu bukan sekadar angin petang, tapi satu yang berpanjangan. Dia telah membantu saya, mengajar saya banyak perkara tentang hidup dan kehidupan. Dia umpama keluarga untuk saya menumpang sedikit rasa dan berkongsi rahsia.
 
Cukup bicara panjang walau masih banyak yang ingin diutarakan. Sudah ada gambaran betapa sejati dan tulusnya dia dalam persahabatan. Terima kasih Dia untuk segalanya.
Terima kasih kerana terus ada dan setia.


kerana dia itu istimewa. tiada gantinya. satu-satunya.
dengan hati yang berbunga saya ingin memberikan perhargaan
'ANUGERAH SAHABAT TERBAIK SEPANJANG HAYAT'
Kepada NURIZA AHMAD TARMIZI aka KAK IZA

kerana menjadi teman paling best saya di alam semesta. :)



* Senarai penuh Anugerah Sahabat Terbaik akan datang....


Comments

atnur @ Iza said…
aaaaaa, Man... ko buat akak nangis... persahatan kita x boleh dinilai dgn apa pun sbb ianya x ternilai. really...

Many people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your heart. - Eleanor Roosevelt

Man, you're 1 of my true friends. i'll always be there for you as long as you need me... Insya-Allah!
AtieAbid said…
saya jugak..:) sayang kak iza..!

Popular Posts