little sumthing

Sesungguhnya aku begitu sibuk kebelakangan ini. aku tidak mempunyai ruang untuk menilai apa yang terbaik mahupun yang terburuk untuk aku. redah apa yang ada di hadapan mata. ketika ini, aku tidak dapat gambarkan apa yang akan aku lakukan atau apa yang aku ingin capai pada hari esok apatah lagi pada tempoh yang panjang. umpamanya aku hanya berjalan mengikut satu laluan yang ada di depan ini tanpa mengerti arah tuju yang sebenar.

Entahlah, banyak perkara yang berlaku beberapa bulan ini, banyak benda yang membuatkan aku kesal, gembira, rindu atau mungkin juga aku sendiri tidak pasti apa yang aku rasakan. banyak perubahan yang sedikit sebanyak mengubah diri aku. mengubah mereka-mereka yang berada disekeliling aku. banyak kesakitan dan kepedihan. dan begitu banyak lagi kemaafan yang harus aku zahirkan.

Alangkah bagus jika masalah pergi umpama air yang mengalir. alangkah bagus jika ada sedikit ingatan yang tidak aku inginkan itu terus dilupai. aku betul betul mahukan satu permulaan yang baru. sesuatu yang ingin aku alami semula pada kali pertama. sesuatu yang kali ini akan aku sendiri tentukan.

aku selalu lupa. dan selalunya aku terlalu bersendiri. aku terlalu abstrak dan rumit sehinggakan post ini sendiri menjadi terlalu tersirat. belumkah aku bersedia untuk berkongsi rasa. atau aku masih terlalu takut atau malu untuk berbicara. tidakkah aku begitu memendam rasa? sampai perkara yang sekecil ada perlu disimpan bersendirian.

Tidak aku tahu bagaimana untuk aku gembira semula. atau cara mana yang perlu aku pilih supaya memulihkan segala kekusutan ini. perlu aku berharap agar apa yang mendatang membawa seribu makna. dan aku mahu supaya hari esok itu ada cahaya yang lebih cerah.

mylittlekIngKONG

Comments

||alis|| said…
harap yg kusut dah kembali oke ;)

Popular Posts