BUKAN YANG TERTEWAS

Aku di kenali sebagai penyajak yang kompleks. Penyajak yang sajaknya terlalu sukar untuk difahami dan terlalu tersirat untuk mengungkai maksudnya. namun aku mmg begitu. seingat aku karya pertama aku pada umur 11 tahun 'ttg serbia' sudah terlalu berat. dan kali terakhir aku berkarya adalah 4 tahun lepas. Kali ini aku kembali, berkarya..dengan karya yang lebih kompleks dan berat ( mcm trademark aku la..)

*untuk kesan dramatik..sila pasang muzik kt atas sblm baca..wakakakaka
BUKAN YANG TERTEWAS 19/10/2008:3.33PM


DEMI JUANG INI
LANGKAH TAK AKAN KAKU
BIARPUN ROBEK TELAPAKNYA
LANGKAH TAK AKAN KAKU

AKAN TERUS KU LAMBAI
BENDERA MERAH INI
WALAU BUKAN DENGAN TANGAN KU
IANYA TETAP BERKIBAR

JASAD SEKADAR PATUNG
JIWA TERUS BERNYAWA
JIKA PUTUS NAFASNYA
DEGUP TAK AKAN BERHENTI

OH KU LIHAT DI SANA
ADA HATI YANG TERLUKA
KECEWA DAN MERANA
SEDANG PUNYA SEGALA

OH BERHENTI MENGELUH
PADA ILUSI INI
TAK LEBIH SEKADAR OPERA
TAK KURANG PEMALSUANNYA

LANGKAH TAK AKAN KAKU
WALAU DERIA HILANG RASA
WALAU TUA DAN LEMAH
TAK BERGANJAK DARI ASALNYA

JANGAN MENGALAH
USAH TANGISAN MENJADI TEMAN
BIARPUN LANGIT SUKAR DI CAPAI
HASRAT TETAP DALAM GENGGAMAN

PILIHLAH HALUAN
ADA SINAR DI HUJUNG JALAN
BUKTIKAN PADA MEREKA
AKU BUKAN YANG TERTEWAS

Comments

aisyahms said…
aloo man. very nice poem. hehe. saya setuju sangat dengan perkataan "kompleks" tu. walaupun ada juga part yang susah nak difahami. saya teringat sajak izman lembah puaka. sampai sekarang saya masih boleh ingat tau.

so bagi saya sajak ni sudah cukup istimewa. matannya melambangkan semangat dan pujukan hati yang membara. kalau boleh tambahkan personafikasi tu. saya suka perlambangan patung dan nyawa yang izman buat. izman hantar la kat DBP.hehe
Izman said…
bnyk sajak yg sy buat sy da lupa..
ada yg hilang..n ada yg jejaknya hilang ntah kemana
tapi takpe
idea sntiasa ada..n sntiasa ada benda baru yang akan muncul..

*teringat time sekolah dulu

Popular Posts