A Transition

keadaan berubah, manusia berubah. persekitaran tak akan serupa setiap ketika. begitulah kuatnya kuasa masa yang mampu mengubah apa jua situasi semasa yang ada.

sememangnya semenjak dulu prinsip aku adalah masa. aku percaya masa boleh mencorak segala yang berlaku detik hari ini, merubah masa kini dan membentuk satu masa depan yang baru.

dan sememangnya jua kita tidak mengharap senario hari ini akan terus begini. sedikit rasa ingin mencari haluan baru, menuju satu destinasi yang berbeza, yang boleh memuaskan anganan yang sebetulnya di hati. semuanya bergantung pada masa.

selain tekad, usaha dan izin dari-Nya, pada masa lah kita berharap yang keadaan baru itu akan sampai atau mungkin akan terubat ( utk sesetengah org ) mungkin juga utk semua. dan sebelum sampai masa itulah.. kita harus menunggu.

walaupun aku masih di sini, menunggu satu detik yang sempurna untuk aku. aku yakin yang satu ketika nanti masa aku akan tiba juga....

Comments

Popular Posts