Archives

Post

4 Kunci Ketenangan

Kehidupan di dunia ini menjanjikan seribu satu ujian yang mencabar kekuatan diri. Kata bijak pandai, bukanlah masalah itu sudah menjadi mudah, namun anda telah menjadi semakin kuat. Begitulah hikmahnya Allah menurunkan ujian demi ujian kerana dengannya, manusia akan kembali mengingatkan Tuhan yang menciptakannya dan memohon dipinjamkan kekuatan daripada-Nya Yang Maha Kuat.
Namun, kita ini tetap manusia yang punya hati budi dan perasaan. Setiap kali ujian, kita pasti merasa kegusaran. Seorang ulama Sufi di zaman tabi'in, Imam Hasan al-Basri menunjukkan kita jalan ketenangan dengan berpesan. Empat kata-kata yang merupakan kunci meraih ketenangan ialah

1. "Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang."
Kata-kata ini membawa kefahaman kepada kita bahawa manusia yang faham benar konsep rezeki pasti tidak akan mengorbankan masa untuk persediaan akhiratnya demi kepentingan duniawinya. Mana mungkin ditinggalkan solatnya walau satu waktu, hanya kerana ribuan ringgit. Mana mungkin diabaikan pahala menjaga ibu yang tua kerana kepentingan lain. Mana mungkin ditinggalkan ibu tuanya yang memakai pampers dengan linangan air mata, semata-mata untuk menjadi si kaya dengan merantau ke bumi lain, sedangkan pendapatannya hari ini sudah lebih daripada cukup.
2. "Aku tahu bahawa tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya."
Sahabat-sahabat yang kucinta kerana Allah,
Jika kita ditugaskan untuk solat lima waktu, maka kewajipan itu ke atas diri kita. Tidak diterima solat orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menunaikan solat. Jika kita dibebani dengan kewajipan menutup aurat, maka tidak diterima dari orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menutup aurat. Jika kita sebagai suami yang membiarkan anak isteri tanpa makanan kerana kelalaian, lalu ada insan yang bersimpati menghulurkan bantuan, kewajipan kita tetap tidak terangkat. Kita adalah pendosa kerana mengabaikan kewajipan yang telah diamanahkan.
3. "Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa."
Allahu Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ  وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيد
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(Surah Al-Qaf 50:Ayat 16)
Sahabat-sahabat yang dikasihi, sekiranya anda menjadi seorang imam solat (waktu mengadap Tuhan) adakah anda sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sopan? 
Sudah tentu tidak. Tetapi mengapa?
Kerana anda yakin bahawa ada mata yang memandang anda di belakang. Mata para makmum yang berkomunikasi baik dengan lidah mereka sehingga kejelikan akhlak anda cepat tersebar. Jika diikutkan, anda tidak mampu melihat ke belakang, bahkan anda juga tidak tahu apakah makmun tadi benar-benar melihat anda, anda juga tidak tahu adakah makmun tadi masih bersama atau sudah mufaraqah dari anda, tetapi lihatlah, betapa keyakinan anda sudah memadai untuk menjadikan anda imam yang penuh kesopanan.
Cuba kita bayangkan, seandainya kita berkeadaan seperti ini pada setiap ketika iaitu berkeadaan seolah-olah seorang imam yang sentiasa berasa diri diperhatikan, sudah pasti kita akan jauh daripada dosa dan penderhakaan. Sudah pasti, kita akan semakin hampir dengan Allah dan merasakan ketenangan hati.
4. "Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya."
Imam al-Suyuti dalam kitabnya Sharh al-Sudur bi Sharh hal al-Mawta wa al-Qubur menukilkan kata sahabat Nabi Abu Darda' R.A tentang ajal kematian:
Peringatan yang memberi kesan dan suatu yang diabaikan yang segera datang, memadailah kematian sebagai pemberi peringatan dan memadailah masa (umur) sebagai pemutus. Hari ini di dalam bilik, esok di dalam kubur.
Renungilah 4 kata-kata kunci ketenangan ini.
Sumber I Luv Islam : Discover the Beauty Of Islam
Tazkirah Oleh Muhammad Salahuddin Haris @ Harith


Post

Bersangka Baik

Tazkirah Oleh Mohd Adid Ab Rahman
Sumber : http://blogmaya.com

Bersangka baik mampu perteguhkan perpaduan sesama Islam

HUBUNGAN baik sesama manusia perlu dibina dengan penuh keinsafan dan rasa kasih sayang selari pesan agama. Dengan itu, akan terbentuklah suasana perpaduan serta persaudaraan yang bermakna dan mengagumkan sesiapa saja.
Hidup masyarakat dengan semangat perpaduan pasti diselubungi kebahagiaan, kedamaian serta dirahmati Allah SWT. Bertepatan ketetapan Islam bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa, budaya dan taraf sosial.

Firman Allah yang bermaksud: Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Segala bentuk perbuatan, sikap dan sifat memperteguhkan persaudaraan haruslah dibudayakan serta dikekalkan sementara perkara negatif yang boleh menggugat persaudaraan hendaklah dijauhkan.

Satu sifat dapat menjamin hubungan baik ialah bersangka baik. Jika ini diamalkan, jalinan persaudaraan dan perpaduan sesama mukmin menjadi lebih mantap, pastinya kekeruhan dapat dielakkan.

Firman Allah yang bermaksud: Hai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Surah al-Hujuraat, ayat 6)

Satu hal yang menarik apabila seseorang berbaik sangka, jiwanya akan tenteram kerana tiada sifat iri hati atau dengki yang pasti mengundang kemurkaan Allah. Islam melarang orang mukmin bersangka buruk kerana boleh meruntuhkan persaudaraan.

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (kecurigaan), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari cari kesalahan atau keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang diantara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Saidina Umar Al-Khattab menegaskan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandung kebaikan.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta. (Hadis Muttafaqun Alaih)
Buruk sangka menyebabkan terciptanya dosa seperti bohong, benci, dengki, marah dan sifat tercela lain.

Rasulullah SAW memberi peringatan tegas yang bermaksud: Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seorang benar dan selalu memilih kebenaran, dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta, dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. (Hadis riwayat Bukhari)

Persaudaraan dan perpaduan akan sentiasa wujud apabila kita menonjolkan identiti umat Islam yang indah dan menarik. Jika gemar berburuk sangka, maka segeralah bertaubat kepada Allah. Ingatlah, ketenteraman akan terhasil dengan adanya perpaduan.


Post

Qur'an - Aya' Of The Day


Wahai orang2 yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamaNya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang apa yang benar dan salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah pelindung kamu. Maka (Allah yang bersifat sedemikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-sebaik Pemberi pertolongan. 
(Al-Haj:77-78)


Post

Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Dan Menguatkan Rohani

1- Memurnikan Tauhid Dan Meluruskan Akidah:

Proses bagi memurnikan tauhid, iaitu hanya bertuhankan Allah s.w.t. dan tidak selainNya perlu menjadi amalan dan diperjuangkan seumur hidup, sehingga individu itu berjaya mengucapkan kalimah tauhid pada akhir kalamnya. Dalam erti mendalam ialah mengeluarkan segala kebesaran makhluk (selain Allah s.w.t.) dan hanya ada kebesaran Allah s.w.t. di dalam hati, jiwa dan minda. Sehingga tiada sebarang makhluk yang menjadi sumber ketakutan, ketaatan dan kepatuhan selain Allah s.w.t. Akidah wajib diluruskan pada setiap waktu melalui menuntut ilmu serta mengamalkannya dan sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk terus bertaqarrub kepada Allah s.w.t.
Semua manusia hanya perlu menyembah kepada Allah s.w.t., meminta hanya kepada Allah, berharap hanya kepada Allah, mengadu dan berdoa hanya kepada Allah s.w.t. serta mengingati Allah s.w.t. pada waktu susah dan senang. Hubungan dengan Allah s.w.t. perlu dijaga dan disuburkan dengan sentiasa bermunajat, berzikir dan mencintai Allah s.w.t. Dengan adanya perasaan ini, kita tidak perlu lagi menggunakan tangkal dan azimat. Kita tidak perlu bergantung harap kepada manusia ataupun apa jua makhluk Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang perlu diagungkan, dimuliakan dan dibesarkan.

2. Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Umat Islam perlu meyakini dan memahami bahawa tiada kejayaan melainkan mentaati perintah Allah s.w.t. serta mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Wajib meyakini bahawa setiap ajaran yang ditunjukkan oleh baginda adalah yang terbaik dan kita perlu mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Beliau adalah seorang yang maksum, iaitu terpelihara daripada segala dosa. Beliau juga yang memberi syafaat di padang mahsyar kelak. Setiap perkataan, perbuatan dan buah fikirannya adalah daripada Allah s.w.t. semata-mata.
Segala sunnah begitu dibenci oleh syaitan, iblis dan jin-jin yang jahat. Amalan sunnah Nabi s.a.w. bukan sahaja mempunyai faedah kerohanian tetapi juga perlindungan daripada gangguan mereka. Antara contoh amalan harian berdasarkan sunnah Nabi s.a.w. adalah seperti berikut:
    • Mengamalkan doa sebelum tidur, membaca ayat Kursi dan 3 Qul sebelum tidur. Doa-doa ini diamalkan bagi mendapatkan perlindungan daripada gangguan syaitan dan iblis.
    • Membaca doa dan menyebut nama Allah s.w.t. ketika masuk dan keluar rumah. Amalan ini menjadikan rumah itu terhindar daripada didiami jin, syaitan dan iblis pada hari itu.
    • Membaca ayat Kursi ketika keluar rumah. Allah s.w.t. melindungi orang yang mengamalkan ayat ini daripada gangguan syaitan dan iblis.
    • Membaca doa ketika jimak dapat mengelakkan persetubuhan dari disertai oleh jin dan syaitan, insyaAllah zuriat yang dilahirkan akan mendapat perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan syaitan dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Terdapat banyak lagi amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu kita perlu mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan sunnah Nabi s.a.w. dengan cara berguru dengan para alim ulama secara berterusan bagi memperkasa benteng diri daripada gangguan jin, syaitan dan iblis.
 
3. Menjaga Solat
 Solat adalah tiang agama. Ia adalah salah satu dari rukun-rukun Islam. Mendirikannya adalah wajib bagi mereka yang cukup syarat-syaratnya. Selepas iman, solat adalah amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah s.w.t. Mereka yang mengaku Islam wajib mendirikan solat. Solat menghubungkan diri dengan Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. sudah pun menunjukkan kadar minimum yang wajib dilakukan adalah 5 kali sehari semalam.
Amalan solat perlu sempurna dari segi perlaksanaan fizikal, iaitu mengikut hukum fiqh yang betul dan perlaksanaan khusyuknya. Solat yang betul dari segi perlaksanaan syariat tetapi tidak khusyuk tetap dapat pahala tetapi kurang memberi kesan pada hati. Solat yang khusyuk tetapi tidak betul seperti yang diajar oleh Nabi muhammad s.a.w. tidak diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu solat mestilah betul dari segi syariatnya dan benar dari segi khusyuknya untuk menjadi benteng kerohanian yang kuat demi melawan segala godaan jin, syaitan dan iblis. Solat yang sempurna akan dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara-perkara keji dan mungkar. Perlaksanaan terbaik mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. ialah dengan solat berjemaah…..baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah hingga baginda wafat.
Selain solat fardhu, solat-solat sunat amat perlu dilakukan sebagai cara mengukuhkan hubungan dengan Allah s.w.t. Di antara solat sunat yang amat digalakkan memperbanyakkannya ialah solat tahajjud, solat dhuha, solat witir dan solat sunat rawatib.

4. Memperbanyakkan Membaca al-Quran Dan Mentaddabur Isi Kandungannya
Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t. sebagai panduan. Al-Quran juga adalah sebagai sumber penyembuh dan rahmat yang diturunkan kepada orang-orang beriman. Al-Quran perlu dibaca setiap hari bagi mendapat petunjuk, keberkatan dan nur. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang dapat dijadikan amalan harian ataupun amalan ruqyah sebagai rawatan penyakit yang berpunca daripada jin, syaitan dan iblis. Ayat-ayat seperti ini perlu diamalkan dengan yakin kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. sahaja zat yang Maha Penyembuh. Amalkan ayat-ayat tersebut setiap hari secara istiqomah (konsisten) agar sebati dengan diri sehingga tidak ada lagi jin, syaitan dan iblis yang mampu mengganggu kita.

5. Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W. Dan Ahli Keluarga Serta Sahabat-sahabat Beliau
Umat Islam digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat beliau. Orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekali , Allah s.w.t. berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali. Memperbanyakkan selawat mendatangkan rahmat Allah s.w.t. kepada pembacanya. Kita digalakkan menutup doa kita dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., supaya Allah s.w.t. mendengar doa itu. Memperbanyakkan selawat juga dapat menjamin orang itu mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. ketika berada di padang mahsyar kelak.
Bolehlah diamal mana-mana selawat dan terlebih afdhal selawat dianjurkan dalam hadis-hadis sahih seperti selawat di dalam tahiyyat akhir dalam solat.

6. Menjauhi Dan Meninggalkan Maksiat Dan Dosa
Amalan dosa dan maksiat disukai oleh jin, syaitan dan iblis. Melakukan dosa besar ataupun mengekalkan dosa-dosa kecil akan menggelapkan hati. Hati yang hitam dengan dosa sukar mendapat hidayah dan sukar mendengar nasihat. Sekiranya orang itu berkekalan dengan segala bentuk maksiat, Allah s.w.t. akan menghantar jin,syaitan dan iblis menjadi temannya. Pesakit gangguan jin digalakkan melakukan taubat nasuha, iaitu meninggalkan amalan-amalan dosa dengan melakukan solat taubat dan ditambah dengan beristighfar kepada Allah s.w.t. supaya diampuni dosanya. Amalan-amalan yang dapat melalaikan seperti bercakap lucah, mendengar muzik yang melekakan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan perlu ditinggalkan dan dijauhi.

7. Memperbanyakkan Amalan-amalan Sunat
Setiap perkara yang baik dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. tidak disukai oleh jin, syaitan dan iblis. Melakukan banyal amalan-amalan sunat adalah cara bagi mendapatkan cinta dan kasih sayang Allah s.w.t. Antara amalan sunat yang perlu diperbanyakkan adalah solat-solat sunat, puasa sunat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, bersedekah dan bercakap yang baik-baik.
Pesakit gangguan jin juga digalakkan memperbanyakkan munajat dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya Allah s.w.t. memberkati proses penyembuhan penyakit yang dilaluinya. Selagi Allah belum memakbulkan kesembuhan, beliau perlu redha dengan sakit yang dialami dengan harapan, Allah s.w.t. memberi keampunan dosa. Kemungkinan penyakit itu akibat dosanya sendiri atau sebagai kafarah baginya. Bertahajud serta berzikir dan bertaubat juga dapat menguatkan rohani. Ia juga dapat menjadi benteng daripaga segala bentuk gangguan jin, syaitan dan iblis.

8. Sentiasa Berdamping Dengan Alim Ulama, Orang Soleh Dan Rakan-rakan Yang Baik
Mendekati dan berdamping dengan orang alim, soleh dan rakan-rakan yang baik adalah cara bagi memotivasikan diri supaya menjadi baik. ini memudahkan seseorang melakukan amalan baik dan secara automatik beliau terpelihara daripada melakukan maksiat dan dosa.
Alim ulama pula adalah orang yang begitu dibenci oleh jin, syaitan dan iblis, terutamanya yang dapat menjalankan rawatan sakit gangguan jin, syaitan dan iblis. Mereka ini perlu dijadikan tempat rujukan bagi mendalami perihal Islam, iman dan ihsan.


Post

Qur'an - Aya' Of The Day

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Surah An-Nisa : 103


Post

Mizuno Wave Run 2012


preview je. review coming up...


Post

Resepi : Mee Hailam

Aku rasa aunty dah ajar aku resipi ni dulu. tapi aku lupa. Jadi ni kira ulangkaji la. Praktis untuk Masterchef Tahun ni.


Bahan-Bahan;

A1
Bawang Merah (kisar) <-- x pun xpe :p
Bawang Putih (kisar) <--x pun xpe :p
A2
Cili Merah (kisar)
Cili Boh

Ayam (dipotong kecil)
Udang
Fish cakes
Sayur Sawi

Mee Kuning

Maggi Cukup Rasa
Garam (kalau perlu kOt)
Kicap Pekat (sedikit)

Minyak

Cara Masak;

1.Panaskan Minyak
2.Masukkan A1 kemudian A2 sehingga bahan-bahan tersebut masak.
3.Masukkan Ayam. 
4.Masukkan Fish-cakes dan Udang. dan sayur sawi.
5.Tambahkan garam/maggi Cukup rasa.
6.Masukkan sedikit kicap pekat.
7.Akhir sekali masukkan mee. Setelah mendidih, siap untuk dihidangkan.

Maaf, ayat ringkas sangat. tapi senang nak faham dan mudah nak buat sendiri. kan?


Post

The Most Beautiful Thing

Macam menarik je Ultra Marathon ni. Akan dipertimbangkan untuk disertai sekiranya ada peluang dan tidak bertembung dengan aktiviti lain. Kena periksa jadual dulu.

Untuk keterangan Lanjut TMBT 2012

*sumber Cari Runners

Satu lari Ultra Marathon di Bawah Sabah Adventure Challenge

yang ni rasanya x mampu lagi nak join. hahaha.
more info : Special Forces 200KM


Post

Hukum Orang yang Meninggalkan Solat




Sebagai peringatan untuk semua & Diri Sendiri
*Artikel - Tazkirah diambil dari Portal komuniti Muslimah



Post

Photoshoot Bersama Shaheizy Sam

Terima Kasih Shaheizy Sam


Post

Qur'an - Aya' Of The Day

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Surah Al-Baqarah - Ayat 195


Post

MasterChef Malaysia

Seperti biasa kebelakangan ini saya kurang menulis. saya lebih suka menyatakan sesuatu melalui gambar. kerana saya tahu, tidak ramai juga yang suka membaca penulisan yang panjang panjang.

Berikut adalah 4 peserta terakhir Rancangan Masterchef Malaysia yang ditayangkan di Astro Ria CH104. Antara berikut siapakah peserta pilihan anda? dan siapakah yang akan memenangi gelaran Masterchef Malaysia yang Pertama?. Saya tidak punya peserta kegemaran. Pada saya semua ada kemahiran yang setara. Bagi saya mudah, siapa yang dapat menyudahkan sesuatu cabaran dengan paling sempurna. Maka dialah Pemenangnya.






Untuk Maklumat Lanjut layari Laman Rasmi Masterchef Malaysia
atau ikut perkembangan peserta di Twitter : MasterChef Malaysia

*Gambar-gambar di-cilOk dari Laman facebook Rasmi 


Post

Newton New Year Challenge 2012

Larian Pertama aku untuk tahun 2012. Permulaan yang bagus untuk aku.
Event - Newton NY Challenge 2012 - 25KM - 2:58:12 / 2.57.47



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share