Archives

Post

Monsoon Cup 2012


Piala Moonson tahun 2012 kini kembali bermula 22 November sehingga 27 November 2011. Mula diperkenalkan pada tahun 2005, aktiviti antarabangsa yang berprestij ini berlangsung selama 6 hari merupakan edisi ke-7 dan diadakan di Terenggau menghimpunkan pelayar-pelayar terbaik dari Malaysia dan luar negara.

Official Website : Monsoon Cup 2012


Post

Harimau vs Garuda

 
Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan Sea 2011
Malaysia menentang Indonesia
 Berikut adalah perjalanan Kedua-dua pasukan semejak perlawanan bermula :


MALAYSIA
INDONESIA
KUMPULAN A
MALAYSIA 0-0 SINGAPURA
MALAYISA 2-1 THAILAND
MALAYSIA 4-1 KEMBOJA
MALAYSIA 1-0 INDONESIA
INDONESIA 6-0 KEMBOJA
INDONESIA 2-0 SINGAPURA
INDONESIA 3-1 THAILAND
INDONESIA 0-1 MALAYSIA
SEPARUH AKHIR
MALAYSIA 1-0 MYANMAR
INDONESIA 2-0 VIETNAM
PENJARING TERBANYAK
Badrol Bakhtiar (3), Izzaq Faris Ramlan (2)
Patrich Wanggai (5), Titus Bonai (4)
BARISAN PEMAIN UNTUK PERLAWANAN AKHIR
Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi, A. Thamil Arasu, Nazmi Faiz Mansor, K. Gurusamy, Asraruddin Putra Omar, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani
Kurnia Mega Herman, Hasim Kipuw, Gunawan Dwi Cahyo, Abdul Rahman, Diego Michiels, Andik Vermansyah, Egi Melgiansyah, Otavianus Maniani, Mahadirga Lasut, Patrich Wanggai, Titus Bonai


Saksikan Siaran Langsung perlawanan 
di saluran 801 Astro Arena pada jam 8 Malam 21 November 2011


#Walaupun kemenangan adalah matlamat utama, namun akhirnya semangat kesukanan Pemain dan penyokong kedua negara adalah yang terpenting. Bersatu dan Bangkit. Demi pembangunan sukan Asia Tenggara.


Post

2XU Compression Tights


Men's Elite Compression Tights 50/70 DDC


aku suka berlari. aku nampak orang pakai. aku baca. aku tertarik. lalu aku beli.
RM519 habis melayang. harap-harap nanti berguna untuk aku. kalau tak rugi.


Tidak berpeluang untuk menyarung seluar ketat ini lagi. kerana 3 minggu cuti dari berlari. 
 belum cuba belum tahu. jadi aku belum sahih jika benar teori ini

* Fast Recovery
* Improved Circulation
* Reduced Fatigue
* Reduced Muscle Damage
* Heightened Agility

Tidak sabar pakai. tidak sabar menguji fakta. nantikan bahagian dua. setelah-cuba.


Post

Sunyi & Sendiri

Selalu saja sepi itu datang
Biarpun ada teman bertandang

Selalu saja Hati ini kosong
Sesat mentafsir diri yang sendiri

Aku tidak faham aku
Apatah lagi kamu

kerana akhirnya walaupun dikongsi
aku masih lagi sendiri.

Sepi


Post

Aku Dan Blog

Baru aku perasaan yang aku punya banyak blog. Jikalau ada anugerah untuk blog paling banyak tapi tah-hape-hape. Aku rasa aku boleh menang. Tapi sememangnya dulu aku gila menulis, ada sahaja buah fikiran dan cerita yang ingin diluahkan dan dikongsi dengan dunia.

Namun kebelakangan ini, aku tidak sekreatif dulu. Dalam erti kata yang lain, aku tidak serajin dan mungkin tidak segigih dulu. Kebanyakan idea akan berakhir di dalam 'Draft' setidak-tidak pun sekadar tajuk. dan bila aku cuba untuk meyambung semula kisah itu, aku lupa dan akhirnya kosong begitu sahaja.

Aku mudah merasa bosan. dan aku akan cuba mencipta sesuatu yang baru untuk memperbaharui minat tersebut. dalam kes aku tajuk-blog. bila lagi aku tidak merasa ia berkaitan dengan diri aku pada ketika itu, aku punyai kecenderungan untuk melakukan perubahan. mungkin juga aku punyai banyak masa ketika itu, mungkin juga aku tercari-cari apa yang aku mahukan, mungkin juga aku terikut-ikut dengan sesuatu yang berlaku pada ketika itu, dan kemungkinan paling besar adalah aku sebenarnya tidak tahu apa yang aku buat.

Apa-apa pun, apabila membelek helaian demi helaian, pos demi pos, ada banyak kisah, isu, pendapat, luahan, karya dan macam-macam cerita yang aku tulis semenjak 7 tahun ini. dan cerita yang telah dizahirkan di dalam blog ini sebenarnya dapat mengingatkan aku semula tentang apa yang pernah berlaku sebelum ini. mengimbau semula kenangan zaman silam dalam bentuk penulisan. wah! betapa hebatnya bait-bait perkataan itu dapat membawa kita kembali mengikuti emosi kisah yang lampau.

sejujurnya, aku masih berniat untuk membuat satu lagi blog yang baru. tapi kali ini biarlah yang terakhir (berapa banyak yang terakhir la). biarlah yang betul-betul serasi dengan aku dan mudah untuk aku dan kepada sesiapa yang ingin aku kongsikan cerita itu ingat.

Berikut adalah blog-blog tersebut berserta 'caption' blog masing-masing mengikut susunan paling awal dicipta sehinggalah sekarang.

9. http://reezman.blogspot.com/ (Grow-71 Posts)

8. http://hawk17.blogspot.com/ (On the Other side- 7 Posts)

7. http://theblackjourney.blogspot.com/ (its about being u & enjoying life - 26 Posts)

6. http://mohdnoorizman.blogspot.com/ (Inilah aku - 74 Posts)

5. http://thewhitejourney.blogspot.com/ (Finding Light - 3 Posts)

4. http://supernerdguy.blogspot.com/ (super geek - yang ni xde post sebab saja-saja nak blog-link ini) #gila

3. http://thelastsupernerd.blogspot.com/ (last super-nerd - ada satu post je. ni pun buat saja-saja je) #gilalagi

2. http://hawkstore.blogspot.com/ (Hawk Inc - yang ni ala-ala Online store tapi produk2 dalam tu x jual) Saja-saja je. Mungkin lain kali.

dan blog aku yang terkini : blog ni lah. Hahaha

1. http://mylittlekingkong.blogspot.com/ (Izman Hawk Jr - 120 Posts setakat ini)

aku sebenarnya bercadang untuk menggabungkan semua post dari blog yang berlainan dan disatukan dalam satu blog yang aku rasa betul untuk aku. Oleh itu aku perlu bantuan untuk memilih dan mengundi blog-link yang terbaik dan paling sesuai untuk aku. atau cadangan anda adalah amat dialu-alukan sekiranya anda punyai idea yang paling gila untuk blog-link aku.

dan kali ini aku janji. pilihan & pendapat anda bakal menentukan blog kekal aku yang seterusnya.


Post

Miss Universe Malaysia 2012




Post

Ombak Rindu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share