Dari mana ilham itu datang....

Ni sebenarnya salah satu karya/piece yang aku tulis time muda remaja dulu(skang pun masih muda remaja kannn:p) dan ketika itu aku masih punyai waktu yang lapang untuk menulis. Tapi x sempat nak habiskan. Harapan, kali ini cerita ini sampai ke penghujung.

*inilah gaya penulisanku.

aku suka SUNGAI

satu-Aku selalu ke sungai. bukan untuk memancing. bukan kerana ia tempat aku bermain air. separuh bogel. tapi kerana airnya tenang. setenang wajah abang ketika hujung nafasnya. di depanku nyawanya terhenti. pergi seorang lelaki 30 tahun.ketika aku belum sempat mengenal dia. dia kembali.

Terbentang kenangan. lakunya. jiwanya. senyumannya. Pada usia muda, dia pergi tanpa di duga. benarlah ajal tak kenal siapa. tak kenal usia. Takdir Tuhan, perlu terima dengan reda. mungkin sebab itu aku tidak sedu atas kehilangannya. tidak aku berair mata. entah mengapa. walau ada sedikit sesal. sedikit hiba.

Mungkinkah aku setenang begitu?.Nanti.

dua-Aku suka ke sungai. airnya sejuk dan dingin. sedingin sikapku. menyendiri. mungkin itu dulu. ah! dingin lagi hati ayah yang pergi meninggalkan ibu.
sendiri membesarkan aku. 2 abangku. 2 kakakku. ketika itu aku belum mengerti. mungkin yang lain tahu.

kemudian ayah kembali. ketika itu kami berdiri di atas kaki sendiri. kami tidak marah namun tidak aku mahu penjelasannya. tidak tahu alasannya. penyesalan atau membetulkan kesilapan?. kerana tiada beza kehadiranya. kami sudah biasa berenam. dan ibu sudah cukup, miliki apa yang kami mahukan. kasih sayang.

tiada aku kisah. kerana ketentuan hidup tidak patut dipersalah. soal hati siapa yang tahu. cerita dan kebenaran yang hanya boleh dinilai oleh mereka berdua. kemudian, dia pergi lagi. namun kali ini untuk selama. kerana sakit perginya agak sengsara. menurut kata ibu, tidak setenang abang. semadinya tanpa aku. hanya berita yang sampai. aku tidak menangis. dinginkah aku?



.....bersambung....

Comments

Popular Posts