Satu Pertemuan

Antara cerita pendek yang saya minat masa kecik2 dulu. sangat bagus. Cerita ini bukanlah cerita mahupun idea saya tapi saya mengambil keputusan untuk menulis dan menerbitkan semula karya hebat ini setelah 40 tahun. Slmt Membaca!!

Satu Pertemuan.

Malam sudah lewat. suasana dicengkam kesunyian. Keadaannya begitu Hangat.Sepi malam itu begitu buntu. Tiba-tiba keadaan itu dinodai oleh deru sebuah motokar. Jalannya laju, lapan puluh batu sejam. Drebarnya, seorang jejaka berumur lebih kurang 27 tahun. berkulit hitam manis. Rambut hitam, lebat, berketak-ketak dan hidung mancung persis seorang arab. Mata yang sepet memerhati jalan di hadapannya sambil tangan terus cekap memandu stering kereta itu.

"apa laju sangat da.."

drebar muda itu menoleh ke kiri.

"kenapa? takut mati apa?" tanya drebar itu tersenyum nakal.

kawan yang dilawannya bercakap itu ketawa.besar ketawanya.

"aku takut mati?" kata kawan itu dihujung ketawanya.kemudian dia menyambung lagi. "ini lanlah, azlan ni tak takut mati"

"habis? kau tak mahu laju tadi?" tingkah drebar itu.azlan ketawa lagi.

"ala..kau tip,kalau mati muda-muda, kempunanlah aku. kawin belum.bertunang pun belum"
Latif tersenyum.

"amal ibadat pun tak ada" tambah latif.

"pasal amal ibadat, jangan cakap. muda-muda gini aku mahu enjoy. ha, besok bila da tua, ada bini, ada anak, ada cucu, entah-entah ada cicit, baru aku buat amal ibadat. masa tu hati lapang. bini ada. cucu cicit aku ajak sembahyang berjemaah"

latif tersenyum lagi. azlan dikerling dengan ekor matanya.dia memusing stering kereta membelok ke kiri.

"zita tadi bukan main lawa ya?"kata azlan.

"semua perempuan kau pandang cantik"

"tapi zita spesellah, tip. bila dia senyum hati aku lapang je. aku ingat aku nak kahwin dgn zita la"

"jangan merepeklah, dulu kau kata nak kawin dengan etOn photographer tu. kemudian ko syokkan cikgu maria, lepas tu kau terpikat dengan nurse di GH itu. ntah siapa namanya, aku pun da lupa"

"bedah ya?" azlan mencelah.

"kau ni mata keranjang la lan.., tak baik tau"latif menyelitkan sebuah nasihat, yang masuk telinga kanan dan kemudian keluar telinga kiri azlan.

"bukan mata keranjang la, tip. tapi aku hairanlah. aku tengok perempuan-perempuan ni. semuanya cantik-cantik. manis-manis belaka. kadang-kadang aku gamam mana satu aku ambil jadi isteri"dan pada ketika itu benar-benar azlan bersusah hati. dia teringatkan maknya di kampung yang sering bertanyakan bila dia akan berumahtangga.teringin benar orang tua itu melihat menantunya. kepingin pula hendak menimang cucu.

"siapa yang elok aku kawin tip?" tanya azlan dengan mendadak.

"entah" balas latif dengan spontan dan dia menambah lagi "tentang pertemuan kita tidak boleh cakap putus, lan.ada org tu, sedang bertunang alang tak jadi"

"ha'ah" azlan mengakui. nada suaranya mendatar. "macam budak muar tu ya.tunangnya tulis surat dari sabah mengatakan dia balik tidak lama lagi untuk majlis perkahwinan. alih-alih yang balik cuma mayatnya. tak kan mayat nak disandingkan dengan budak perempuan tu. kesian betul. kesianlah"

latif tidak dapat memberikan pendapatnya. dia sibuk mengelap cermin motokarnya dengan kain kuning. kabus tebal. azlan memerhati dengan tiada bernafsu. latif bertambah rancak mengelap cermin dengan tangan kirinya. kereta sudah berjalan laju had 20 batu sejam.

"kenapa kau ni tip? beriya benar mengelap cermin tu" tanya azlan. dahinya berlipat empat.

"depan tu" jawab latif.

"kau tak nampak?"

"bukan" bentak latif. " cuba kau tengok di bawah pokok tepi jalan tu"

segera azlan menghalakan pandangannya ke hadapan. matanya merayau-rayau mencari pokok yang dimaksudkan oleh latif. baru saja dia mahu minta latif tunjukkan, tiba-tiba matanya terpandang pada satu lembaga manusia yang sedang berdiri memeluk bahu di bawah pokok yang kian lama kian mereka hampiri.

"macam cina nampaknya" kata azlan.

"dah pukul tiga pagi, apa dia buat di sini?" tanya latif. matanya tajam merenung jam kereta.

"dia nak tumpang tip" kata azlan, suaranya separuh girang.

latif serba salah. dia pernah dengar cerita-cerita tentang perempuan menumpang kereta pada waktu-waktu malam. nanti perempuan itu akan mengarahkan si pemandu ke tanah perkuburan. dan di situ, perempuan itu menghilangkan diri. tempatnya berganti dengan batu nisan. aduh, seramnya bulu tengkuk latif. serta merta sendi anggotanya bergementar. perutnya terasa kosong.

"berhentilah tip" desak azlan
benar-benar latif serba salah. mahu mengakui dirinya takut, dia bimbang kalau-kalau azlan akan menggiatnya.kalau dibawa perempuan itu nanti dengan tiba-tiba perempuan itu mengilai dan tumbuh taring? latif mulai berpeluh.
"kesianlah, tip. berhentilah" pujuk azlan.

Dan bagaikan dipukau. latif menekan brek.

azlan menjengukkan kepalanya keluar. dia mempamerkan senyumannya.

"mahu tumpang?"sapa azlan. manis. terlalu manis hingga mendebarkan hati latif.
gadis cina yang di bawah pokok merapati mereka. jalannya pantas

"boleh saya tumpang?" tanya gadis itu dalam bahasa melayu yang fasih.

"tentu boleh" datang jawapan azlan tanpa meminta persetujuan latif.

azlan membuka pintu dan melompat keluar.dengan sikap gentleman dia membuka pintu belakang dan mempersilakan gadis itu masuk. memandang sekilas kepada latif. gadis itu melangkah ke dalam kereta. dia masih memeluk bahu.

latif menoleh kebelakang. dia mahu mempastikan apa yang dilihat menerusi cermin yang tergantung di dalam motokar itu benar. jelas kelihatan rambut gadis itu basah lencun. bajunya basah kuyup. bibirnya pucat menggeletar.

"jalanlah, apa yang di nanti lagi?"sergah azlan.

latif tersentak kemudian mula memandu.

"amoi mau pergi mana?" tanya azlan separuh mengiring ke arah belakang.

"panggil saya nancy" ujar gadis itu dengan suara yang mengigil.

"nancy baik mana?" tanya azlan lagi.

"tolong hantar saya ke jalan kemunting"

lapang sedikit hati latif. jalan kesana tidak menempuh tanah perkuburan. sedikit demi sedikit dia menyingkirkan syak wasangka yang begitu sarat di benaknya tadi.

"apa buat keluar rumah pagi-pagi ni?" tanya azlan lagi.matanya terus memandang wajah ayu gadis itu.kalaulah pipi itu disapu dengan rough, tentu bertambah seri lagi, bisik hati nakalnya.

"saya pergi ambil ubat di rumah nenek, adik saya sakit" jawab nancy sambil menunjukkan sebotol ubat.

"nancy kena hujan?"

nancy mengangguk.

"bila nak balik tadi, hujan lebat. saya berteduh di bawah pokok. lama juga saya di situ. kemudian saya nampak kereta encik lalu. saya pun tahan. nasib baik encik berhenti"

azlan tersenyum. senang benar hatinya mendengar nancy begitu peramah. azlan suka pada gadis-gadis peramah. mudah bermesra.

"oh maafkan saya, nancy. tentu nancy merasa sejuk.pakailah kot saya ini" syor azlan. kot biru kehitaman ditanggalkan dari tubuhnya lalu diunjukkan kepada nancy. mula-mula nancy enggan menerima kot itu. akan tetapi azlan mengguatkan syornya itu. kononnya azlan tidak tahan melihat nancy menggeletar kesejukan. selepas berdolak dalik, nancy pun menerima kot itu.

"terima kasih, encik" dia bersuara setelah kot itu membungkus tubuhnya.

"kembali" jawab azlan dengan pelat inggeris.

latif mencebek. dia geli geman taip kali mendengar azlan beraksi demikian.

kereta melunjur laju.melalui jalan siantan, berbelok ke jalan Datuk Luar dan menempuh simpang tiga. kemudian kereta menghampiri jalan kemunting.

"di mana rumahnya?" latif mencelah perbualan di antara azlan dan nancy.

"encik jalan terus, bila tiba di selekoh depan, ada rumah batu sebuah. itulah rumah saya. " nancy menerangkan sambil lehernya dipanjang-panjangkan dan jarinya menunjukkan arah kepada latif.

benar seperti apa yang dijelaskan oleh nancy, rumahnya terletak dekat selekoh. rumah batu tersergam. kereta berhenti. azlan melompat keluar. pintu dibuka untuk nancy keluar.

"terima kasih banyak-banyak encik" ujar nancy. dia menundukan kepala.

"boleh jumpa lagi?" kenyit azlan.

"kalau encik sudi" balasnya.

azlan kegirangan.

"bila?" tanya azlan.

"bila-bila pun boleh" jawab nancy.

setelah mengucapkan terima kasihnya lagi sekali nancy melangkah menuju rumahnya yang kelihatan berbalam-balam itu.

"lawa betul nancy tu ya, tip" khayal azlan.

latif tidak menghiraukan perasaan kawannya. dia menumpukan perhatian penuhnya kepada jalanraya dan steering wheel.

"alamak!" sergah azlan, tiba-tiba

melayang semangat latif. "ngapa?" tanyanya

"kot aku" terang azlan, pendek.

baru latif teringat. nancy telah memakai kot azlan dan kot itu tidak dipulangkannya.

"tak apalah" dalih latif. "esok-esok boleh la ambil, ada juga peluang kau hendak ajak dia dating"
dengan itu azlan tersengih. dia berpuas hati dengan cadangan latif.dan malam bukan malam lagi sebenarnya.pagi itu mereka pulang dengan selamat dari parti di rumah Inspektor Rasyid.

-------------------------


Sudah dua hari azlan tidak datang ke pejabat sejak ke majlis dansa meraikan inspektor rasyid dan dua hari selama mengambil cuti sakit. sebagai rakan karibnya latif pun pergi melihat kawannya itu. latif menyangka azlan terlalu letih lagi dari majlis beberapa hari dulu itu.
akan tetapi segala telahan latif hancur apabila terpandang wajah azlan: pucat , putih lesu. bibirnya biru.

"kenapa kau ni lan?" tanya latif

"sejuk" jawan azlan ringkas

"mari aku selimutkan" cadang latif

"tak mahu" azlan memekik

latif tercengang.

"jangan selimutkan aku, aku tak mahu. aku tak mahu!"

"tapi kau sejuk" jawab latif. dia mengeraskan suaranya.

"aku tak mahu gebar itu. aku tak mahu gebar itu!" jerit azlan lagi.

"habis?" latif tercengang

"selimutkan aku dengan kot aku, dengan kot, tip" pinta azlan. suaranya mengigil-gigil.

latif segera bangun dan membuka almari azlan. kot biru kehitaman yang biasanya tersangkut di penyangkut baju tiada di tempatnya.

"kot kau tak ada lan" beritahu latif. pintu almari ditutup. " selimutlah dengan gebar ini"

"jangan!" lolong azlan.

latif tidak mempedulikan pekikan rakannya. gebar tebal berwarna biru dibentangkan ke atas badan azlan. azlan menjerit. kuat laungnya. orang gajinya kecemasan. dia menghampiri tuannya. azlan meronta-ronta, menjerit-jerit. mukanya berkedut menahan kesakitan. latif segera menerpa kearah azlan. azlan menempik, kemudian menjerit. latif dan orang gaji azlan berpandangan. latif keluar ke meja telefon. rumah sakit diberitahunya.

latif meletakkan telefon. kemudian berlari-lari ke bilik azlan. tiba di pintu dia bertembung dengan orang gaji azlan.

"encik" keluar suara org gaji itu. wajahnya muram.

"kenapa?" latif gugup.

orang gaji menunding ke arah bilik. latif menerkam azlan yang terbujur kaku di atas katil. selama lebih kurang sepuluh minit latif membisu. dia amat hairan.

"dari semalam lagi encik azlan sejuk, tapi bila saya selimutkan dengan gebar, dia marah" orang gaji itu memberi laporan.

menyesal pula latif menyelimutkan azlan.

"dia asyik tanyakan kotnya, encik. puas saya cari, tapi kotnya tak ada. saya tak ada hantar ke drycleaning"

latif menumbuk meja. baru dia teringatkan nancy yang memakai kot azlan.

"hendak ke mana encik?"

"mak long beritahulah dengan orang sebelah tentang kematian azlan. saya ada hal sikit"

--------------------------------------


latif memandu keretanya ke jalan kemunting. berdentum bunyi pintu kereta ditutup. bergegas-gegas latif ke pintu rumah batu yang sebuah itu. dia menekan loceng di pintu. meleret-leret bunyi loceng di dalam rumah tersergam itu.

"hendak jumpa siapa?" datang suara dari belakang latif.

latif terkejut, cepat-cepat dia menoleh.

Seorang perempuan separuh umur menuju ke arahnya. Rambutnya sudah ada uban di atas telinganya.

“saya nak jumpa dengan anak nyonya” keras kedengaran suara latif.

“masuklah dulu” pelawa perempuan cina itu.

“tak apalah, nya. Saya ada mustahak dengan anak nyonya.” Tegas latif

“nanti saya panggil ya” kata nyonya dengan tersenyum. Dia mengagak inilah pemuda yang telah berkelahi dengan anaknya.

“mary, mary!” panggilnya “masuklah dulu” pelawa nyonya itu lagi.

Latif mengekor langkah lembut nyonya itu.

“emak panggil saya?” Tanya seorang gadis dari ruang pintu.

“ada orang nak jumpa” emaknya memberitahu.

“bukan ini” kata latif.

“bukan mary?” nyonya itu kehairanan.

“saya tak kenal dia” kata gadis yang bernama mary itu.

“panggil kakak kau, mary” suruh ibunya.

“jade?” soal mary.

“Panggillah jade sama” perintah emaknya.

Mary hilang di ruangan dalam.

“ada apa-apa encik?” nyonya kepingin tahu.

Latif menarik nafas panjang. Kalau hendak diikutkan hatinya, mahu dia mengamuk ketika itu. Mahu dia seranah Nyonya itu kerana tidak pandai mendidik anaknya. Biasa meminjam tapi tidak biasa memulangkannya. Tapi fikirannya terganggu, bukannya anak cina itu yang hendak meminjam kot azlan, tapi azlan yang mendesak budak itu memakai kot itu.

“kenapa, encik?” Tanya Nyonya lagi.

“ada sikit hallah, Nyonya”

Dua orang gadis keluar, seorang berambut tokong, bibir pucat. Dia disorong oleh gadis yang seorang lagi. Gadis berambut tokong disorong di atas kerusi roda.

“inilah anak saya. Ini jade, sudah dua tahun tidak boleh berjalan. Yang ini ruby kakaknya” Nyonya itu memperkenalkan anak-anaknya.

“tapi bukan mereka yang saya cari” beritahu latif.

“inilah anak-anak saya. Mary, jade dan ruby?”

“nancy?” sergah latif.

Ruby dan jade berpandangan. Jade tunduk, bahunya mulai terhinjut-hinjut.

“bawa adik kau ke dalam” perintah Nyonya.

“mana nancy?” bentak latif.

Nyonya menatap wajah latif. Lama ditatapnya.

“encik sudah gila? Mana ada anak saya bernama nancy?”

“nyonya jangan bohong, saya yang menghantar dia pulang ke rumah ini empat malam yang lalu”
Bertambah hairan nyonya dengan penjelasan latif.

“saya tidak ada anak yang bernama nancy” bangkang Nyonya.

“jangan bohong”

Nyonya terduduk di atas kerusi. Dengan tiba-tiba dia bagaikan mahu menangis.

“mana nancy, Nya?” Tanya latif lagi. Kali ini sedikit tenang.

“nancy..nancy sudah mati”

Terhenti nafas latif. “bila?”

“dua tahun yang lalu”

“bohong” pekik latif.

“saya tidak cakap bohong, encik” rayu nyonya itu, mahu percakapannya dipercayai.

“tapi mana boleh, saya...” latif mendabik dada “ saya yang menghantarnya kemari dulu”

“betul, encik. Nancy sudah mati dua tahun yang lalu. Saya boleh tunjukkan kuburnya”

---------------------------------------


Latif menerima cadangan nyonya. Mereka sama-sama naik kereta. Nyonya itu menunjukkan jalan. Sambil itu dia bercerita “dua tahun dulu, satu malam, jade jatuh tangga. Dia menjeri-jerit sakit. ayahnya tidak ada. Telefon sudah dua hari rosak. Sengaja ayah tidak panggil orang betulkan telefon. Sebab mary tu selalu sangat main telefon. Jadi malam itu, nancy..”nyonya itu mencalit dahinya ke dada, kemudiab dari bahu kiri terus ke bahu kanannya.

“nancy mahu juga ambil ubat di rumah neneknya. Saya tak benarkan, tapi dia tidak tahan melihat adiknya menggelepar kesakitan. Nancy pergi juga, tapi dia tidak balik”

“ke mana perginya?” latif mahu mencungkil rahsia disebalik peristiwa ini.

“malam itu hujan lebat. Hendak ke rumah nenek, terpaksa menyeberang anak sungai”

Nyonya tidak dapat meneruskan kisahnya. Sedunya menjadi-jadi.

“apa yang terjadi pada nancy?” latif tidak sabar lagi bertanya.

“dia tidak balik malam itu, sampai bila-bila pun dia tidak akan balik. Dia mati lemas dalam anak sungai itu”

Latif senyap. Dia belum mahu menerima cerita nyonya itu.

“kita sudah sampai” celah nyonya.

Latif tersedar. Mereka menuju ke arah perkuburan. Seram bulu roma latif. Dia meminta nyonya menunjukkan kubur nancy.

Nyonya menarik bahu latif. Latif mencari sesuatu di muka nyonya.

“tengok apa yang ada pada nesan kubur nancy?”tunjuk nyonya. Telunjuknya k earah satu kubur yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Latif mengikut hala yang ditunjukkan oleh nyonya.

Kemudian dia terpegun.

Malam yang hangat beberapa hari lepas, ketika azlan memberi kotnya pada nancy. Nancy yang kebasahan. terimbas semula kejadian malam itu. Latif terkaku. Buat sedetik dua terngiang-ngiang suara nancy beberapa malam dulu.

“bila-bila pun boleh jumpa, kalau encik sudi, bila-bila pun boleh jumpa. Bila-bila pun boleh jumpa! Bila-bila pun boleh jumpa, bila-bila pun boleh!”



Melayang-layang ditiup angin, tersangkut di nesan berpalang itu ialah Kot Azlan.

Comments

syamrizal said…
teringat kisah ayah masa balik ke banting lewat pagi. ada seorang perempuan ingin menumpang pulang menaiki kereta, tetapi kakinya tiada di sebalik samar2 malam itu. ada persamaan?

Popular Posts