Archives

Post

Terbang dan cuti yang panjang

beberapa bulan kebelakangan ini bukan satu tempoh yang baik untuk aku. dan seperti selalu. dari dulu. aku lebih senang memendam rasa itu sendiri. entah kenapa aku begitu takut dengan perkongsian. ada kawan yang berkata ' ko ni sebenarnya sangat reserved sebab aku sukar meneka apa yang ada dalam hati kau' dan selalunya aku menjawab 'biarlah orang tahu tentang aku sikit demi sedikit, barulah misteri'. tapi itu cuma alasan. aku sendiri tidak tahu apa yang aku selindungkan.

 aku perlu cuti yang panjang. jauh dari segalanya. walaupun sekejap. untuk mendapatkan semula tenaga dan semangat yang hilang. dan esok aku terbang. menyusun semula kehidupan yang hambar. Moga saja aku kembali dengan diri yang lebih baik. kerana aku x mampu menjanjikan diri yang baru. kerana aku tetap aku.


Post

Perubahan seperti memiliki iphone untuk pertama kali.

Aku suka perumpamaan yang dibuat oleh seorang sahabat ini. Zulfirdaus. <--Dia juga antara beberapa orang yang bagi saya gaya penulisannya dan bagaimana isi kandungan penulisan itu disampaikan dapat menarik minat dan hati saya. (amat jarang - setakat ini cuma 3 orang)


Berikut apa yang ditulis dan diambil dari status FB beliau (tanpa kebenaran dan pengetahuan, SORRY) :P



"Everyone likes new stuff. When you get your first iPhone, I am sure you would spend days to explore all the applications and functions before you can really get used to it. But you just love the process, don’t you? Because it’s a new stuff and we all love new stuff. If only we can view a ‘change’ the same exact way. It’s not that far apart anyway. Take the change as a new thing that you would invest some of your time in, to get to know it. Get along with it as you would with your new iPhone. It’s not going to be so hard. I guess it’s much harder when you choose to grumble and reject the change and feeling dissatisfied as if you are all by yourself against the whole world."




 


Post

Soalan

Tiba tiba teringat penghujung perbualan panjang lebar di YM bersama sahabat baik 5 tahun lepas.

Dia bertanya : Wahai Sahabatku, Tahu antara perkara yang Allah paling Suka?
aku menjawab ringkas : Orang yang beriman?
Dia menjawab : betul. tapi jawapannya adalah 2 sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah



Post

Jadilah hamba Allah yang Bersaudara

Sabda Rasulullah SAW "Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar cerita orang, janganlah kamu berlumba lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, janganlah kamu dengki mendengki, benci membenci, bermusuh musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara" (HR Bukhari, Muslim, Malik Abu Daud)


Post

Sahabat dan Doa

Apabila ingin bersahabat, Janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya
Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya,  kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya
 Andai kita inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya

Andai kita inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya
Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan terlalu sempurna kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak allah yang sebenar benarnya
Besederhanalah dalam bersahabatan, Insyallah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kekurangan.
DOA
Ya Allah
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
Ya Muhaimin
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.
Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah
Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.
Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.
“Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan
jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMU dan
bukan mencari keredhaan orang lain” — Umar Al-Khattab


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share