Archives

Post

Creative FB profile

aku pun x nak kalah..nak gak FB yg gempak2..*w/pun x...
namun satu percubaan yg okey kan....


Post

Rindu Banyak perkara + mengejar semula.

Sudah lama tidak menulis. satu kerana aku memang bukan jenis yang suka menulis. kedua mungkin kerana aku tidak punya apa-apa untuk ditulis dan ketiga aku tidak punya masa untuk menulis lagi.

mungkin sekadar ringkasan apa yang berlaku dalam sebulan dua ini.

+ kerja
Masih dalam mood menyesuaikan diri di tempat kerja yang baru. permulaan yang agak baik dan masih baik sehingga ke hari ini. semenjak ditukar di Pelabuhan Selatan bermula 22 Nov lalu, hidup sebenarnya sedikit sebanyak telah berubah. Banyak rancangan yang terpaksa digubah semula selaras dengan jadual kerja yang baru.
Tiada lagi berjalan kaki ke pejabat. Tiada lagi berlari-lari + 'cuci mata' di Taman Tasik Shah Alam setiap petang. Tiada lagi itu ini. Namun hidup tetap terus. kerana pOsitifnya, aku harus belajar sesuatu yang baru untuk melangkah lebih jauh. dan aku tidak boleh terus kekal disatu tempat sama. setidaknya, beban fikiran di sini lebih ringan berbanding dulu. Perubahan itu sentiasa membawa sesuatu yang baik bak kata seOrang sahabat. Sesungguhnya frasa itu betul.

+ Gadget
bOleh dikatakan aku seOrang yang agak taksub kepada teknOlogi baru. Pantang ada gajet baru, nafsu diri sentiasa inginkan terlebih awal. Mujur ada pembeli setia. Apa-apa pun, kini aku telah berjaya *sedikit menOlak kemahuan yang tidak begitu elOk untuk pOket. dan aku harap MacbOOk Air & DSLR Nikon D3100 yang baru-baru ini dibeli adalah gajet yang paling terakhir aku inigkan.
Jimat duit. Belanja bila perlu bukan bila mahu.

......
(sambung nnt la...)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share